10 bandaraya paling berbahaya pada pandangan CNN, berpandukan kepada laporan global terkini Mercer’s tentang keselamatan awam dan majalah Foreign Policy tentang kadar pembunuhan serta laporan Forbes dan kawalan keselamatan oleh CCSP (Ahli Majlis Keselamatan Awam Negara)
Hasil kajian mereka berdasarkan pada faktor-faktor seperti kestabilan dalaman dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang serta stastik rasmi jenayah dan laporan-laporan media.
(1) Baghdad, musnah akibat peperangan menjadi menjadi bandaraya yang paling kurang keselamatan menurut index kualiti kehidupan global Merser’s 2008.
(2) Karakas, Venezuela, menjadi ibukota pembunuhan pada 2008, menurut majalah Foreign Policy.
(3) Detroit menduduki di anak tangga teratas majalah Forbes dalam senarai bandaraya paling berbahaya di Amerika Syarikat 2009.
(4) New Orleans adalah bandaraya pembunuhan tertinggi di Amerika Syarikat 2008, dengan 64 pembunuhan bagi setiap 100,000 orang penduduk, FBI melaporkan.
(5) Juarez, Mexico, mempunyai kadar pembunuhan yang tinggi, menurut CCSP. Lebih 2,900 kematian melibatkan dadah pada 2009.
(6) Karachi adalah salah satu di Asia yang mendapat markah terendah sebagai destinasi yang selamat. Pada bulan Februari saja, 30 kematian berlaku dalam dua serangan bom.
(7) Cape Town, Afrika Selatan, purata hampir 6 pembunuhan berlaku setiap hari di bandaraya ini pada 2008, menurut Foreign Policy.
(8) Moscow dengan tahap keselamatan awam yang rendah, Merser’s melaporkan.
(9) Kinshasa, Republik Demokratik Congo, Afrika.
(10) Beirut, dikenali juga sebagai Paris Timur Tengah. Sebuah bandaraya yang cantik, digegarkan dengan beberapa kejadian keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan, menurut Merser’s.