Friday, April 29, 2011

Freemason Vs Dajjal?

Mengapa saya berani mengatakan kumpulan yang akan saya sebutkan di sini sebagai pasukan Dajjal? Kerana ada bukti-bukti kukuh termasuk dari hadith yang akan menampakkan kepada kita bahawa kita sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh Dajjal, dan pasukannya itu sudah terlalu lama muncul tanpa disedari ramai. Mereka bergerak secara rahsia dan semakin beransur-ansur untuk bergerak secara terang-terang pula. Sebelum itu, mari kita perhatikan kepada simbol-simbol ini.




Ini hanyalah beberapa dari banyak lagi simbol yang boleh didapati di mana-mana di dunia sekarang ini. Biasanya di bangunan-bangunan besar, pejabat-pejabat, tempat-tempat rahsia dan tidak ketinggalan boleh diperhatikan dalam banyak filem kebelakangan ini yang menceritakan perihal Freemasonsseperti filem Da Vinci Code, National Treasure 1 & 2, From Hell dan beberapa lagi. Dan simbol-simbol ini adalah simbol kepada kumpulan yang diberi nama The Freemasons

Dan Freemasons ini lah yang merupakan salah satu kumpulan yang bergerak dalam satu nama besar yang dipanggil Illuminati. Ini tak termasuk lagi simbol-simbol Illuminati yang lain yang banyak juga keluar dalam filem-filem Hollywood seperti filem-filem yang saya sebutkan tadi, Indiana Jones, Stargate, Independence Day, The Omen, American Gangster, The Ant Bully, Conspiracy Theory, Into the Wild, The Majestic, Miami Vice dan macam-macam lagi.

Perhatikan simbol-simbol tersebut, semuanya mempunyai asas yang sama iaitu mempunyai satu jangkalukis (compasses) di bahagian atas , sesiku (square) di bahagian bawah dan huruf ‘G’ di tengah-tengah. Semuanya itu mempunyai maksud yang tersendiri dan di kalangan ahli-ahli Masons sendiri pun ada bermacam-macam maksud dan biasanya ia tidak didedahkan di kalangan ahli. Cuma saya akan cuba ketengahkan pendapat yang kuat tentang simbol tersebut mengkikut kajian saya.
Di kebanyakan negara, huruf ‘G‘ di tengah tadi itu membawa makna ‘God‘ atau ‘Tuhan‘. Dan pendapat satu lagi yang kuat adalah ‘Geometry’. Inilah yang menjadi asas kepada kerja-kerja KREATIF yang dilakukan oleh kumpulan Freemasons dari awal dulu lagi. Maka apabila dihubungkan Geometri dengan God, maka kebiasaanya para arkitek dan pereka bentuk akan menggunakan alat-alat Geometri kan. Maka maksud di situ adalah tuhan itu mereka cipta dunia ini dan itulah secara analoginya digambarkan dengan Geometri tersebut.
Tentang jangkalukis dan sesiku itu pula, ia merupakan antara alat utama yang digunakan oleh Freemasons dalam kerja-kerja mereka sejak dulu. Jangkalukis biasanya digunakan untuk melakarkan bentuk bulat dan bahagian-bahagiannya dengan mudah. Manakala sesiku pula untuk menyemak ketepatan sudut 90° yang mana amat penting dalam pembinaan bangunan. Dari sudut lain, simbol itu juga melambangkan jantina iaitu jangkalukis yang atas itu lelaki dan sesiku bawah itu wanita. Dan akhirnya lahirlah ‘G’ di tengah-tengah itu. Begitulah menurut beberapa pendapat berkenaan simbol Freemasons.

Agama Yahudi


Agama Yahudi

Agama Yahudi : iaitu agama yang mana teras kepercayaan penganutnya ialah wujudnya Yahwe yang Esa, pencipta dunia yang menyelamatkan bani Israel dari penindasan di Mesir, menurunkan undang-undang Yahwe (Taurat) kepada mereka dan memilih mereka sebagai cahaya kepada manusia sejagat.

Penganut Yahudi percaya Yahwe telah membuat perjanjian dengan Nabi Ibrahim bahawa beliau dan cucu-cicitnya akan diberi berkat sekiranya mereka kekal beriman kepada Yahwe. Perjanjian ini kemudiannya diulangi oleh nabi-nabi Ishak dan Yakub. Oleh sebab nabi-nabi Ishak dan Yakub ialah dari bangsa Yahudi, mereka percaya merekalah bangsa pilihan untuk memerintah dunia.


Penganut Yahudi dipilih untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab khas, seperti mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dan berkhidmat kepada Tuhan. Sebagai balasan mereka akan menerima kecintaan serta perlindungan Yahwe. Yahwe kemudiannya menganugerahkan mereka sepuluh perintah yang sekarang dikenali sebagai Sepuluh Perintah Yahwe (Ten Commandments) melalui ketua mereka Nabi Musa, yang mereka anggap sebagai seorang Putera.
"Sinagog" merupakan pusat masyarakat serta keagamaan yang utama dalam agama Yahudi, manakala Rabbi ialah mereka yang pakar dalam hal-hal keagamaan.


Hari-Hari Keagamaan
Keluarga merupakan unit yang utama dalam agama ini dan penganutnya yang setia akan melakukan sembahyang setiap hari dan hari Sabtu merupakan hari utama yang dipanggil hari Sabbat . Antara waktu senja Jumaat sehingga senja hari Sabtu mereka akan menyalakan lilin dan memakan wain serta roti (yang tidak beragi - unlaven) yang telah diberkati. Selain hari Sabtu, hari keraian lain termasuk Rosh Hashanah (Tahun Baru) dan Yom Kippur (Hari Penerimaan Taubat).

Kitab Yahudi
Kitab Hebrew dipanggil Tanakh terdiri dari 24 buku yang dihimpun kepada 3 kumpulan:
Torah atau Taurat (Undang-undang)
Nevi’im (Para Nabi)
Ketubim (Tulisan)


Selain itu terdapat juga Talmud yang merupakan terjemahan serta komentar mengenai Taurat dari para rabbi dan cendikiawan undang-undang Ini termasuklah Mishnah dan Halakah (kod undang-undang masyarakat utama penganut agama Yahudi), Gemara, Midrash dan Aggadah (legenda dan kisah2 lama).


Kabbalah pula ialah teks lama yang berunsur mistik. Menceritakan zat-zat Tuhan Yahwe.
Adat-adat dan undang-undang


Kebanyakan penganut Yahudi mengikuti undang-undang pemakanan yang termaktub di dalam Taurat yang melarang campuran susu dengan daging. Daging babi juga adalah terlarang dalam agama Yahudi. Makanan yang disediakan menurut undang-undang tersebut serta daging yang disembelih oleh pihak Rabbi dipanggil Kosher. Budak-budak lelaki juga dikhitankan (biasanya sewaktu bayi lagi) selaras dengan perjanjian Nabi Ibrahim dengan Yahwe mereka. Dan apabila seorang budak lelaki mencapai kematangan dia akan diraikan kerana menjadi ahli masyarakat Yahudi dalam upacara dipanggil Bar Mitzvah. Selepas kematian, mereka akan berkabung selama seminggu di mana mereka akan membacakan Kaddish. Agama dan perkauman saling kait mengait dalam masyarakat Yahudi. Misalnya pengambilan riba adalah berdosa sesama kaum Yahudi tetapi adalah dibenarkan dengan mereka yang bukan Yahudi.

Sabat atau Sabbat
Sabat atau Shabbo dalam bahasa Yahudi adalah hari yang dikhususkan untuk amalan-amalan keagamaan sahaja. Dikatakan semasa Nabi Musa bermunajat di Gunung Thursina sebelum turunnya Taurat, baginda telah menerima wahyu daripada Allah melalui Jibrail agar menyuruh kaum Bani Israel beribadat pada hari Sabtu serta dilarang melakukan perbuatan di luar amalan agama. Apabila Nabi Musa menyampaikan perintah Allah ini, terdapat segelintir kaum Bani Israel yang ingkar dan akhirnya Allah menukarkan mereka menjadi monyet sebagai membalas perbuatan ingkar mereka terhadap perintah Allah.


Kaum Nasrani juga mempunyai hari Sabat, iaitu hari Ahad, manakala umat Islam diperintahkan agar menjadikan hari Jumaat sebagai hari ibadat rasmi mereka dan masih lagi diamalkan hingga ke hari ini.

Pasukan Elit ________ Dunia

Pasukan Elit Dan Order Perang Salib
Ilustrasi Janizaries, salah satu pasukan elit kesultanan Turki
Ada beberapa pasukan elit dan aliran yang cukup berperanan dalam perang salib.Hebat mereka sangat signifikan, sehingga keberadaannya tidak boleh disepelekan begitu saja. Ini adalah senarai pasukan elit / order khusus yang menyertai di perang salib dari kedua-dua belah pihak
Kristian: Knight Of Templar Adalah sebuah aliran khusus yang ditubuhkan secara eksklusif dan berasaskan semangat komuniti yang tinggi. Order inilah yang paling misteri berbanding yang lain.Oleh kerana itu, saya akan membuat postingan tersendiri tentang aliran ini.
Knight Of Hospitaller The Knights Hospitaller yang nama lengkapnya dalam bahasa Bahasa Inggeris adalah: The Order of Knights of the Hospital of St.John of Jerusalem sering juga disebut dengan Knights of Malta atau Knights of Rhodes. Dua nama terakhir lebih merupakan nama sebutan berdasarkan base Order itu yang berpindah beberapa kali. Tahun 1020, para pedagang dari Amalfi dan Salerno Itali atas izin Khalifah Mesir membina rumah sakit di Jerusalem. Pusat suaka dan perubatan itu dibina atas nama St. John The Baptist (Santo Yohannes Pembaptis), melayani para peziarah Kristian yang melawat tempat kelahiran Kristus di Yerusalem.
Pada awalnya, Order ini hanya melayani para peziarah disana, namun dalam masa yang singkat tugasnya bertambah selain bahagian perubatan dan kerohanian, juga mengatur pengawalan bagi para peziarah.
Bersama dengan Knights Templar, Hospitallers menjadi salah satu elemen paling penting dan kuat di wilayah Palestin. Knights Hospitallers kemudian mula mendapat reputasi tempurnya dalam skrimish2 melawan pasukan2 Muslim sepanjang pusat pengawalan mereka. Para Ksatrianya mengenakan jubah berwarna hitam dengan emblem salib warna putih. Ketika 'sepupu' sekaligus rival mereka, iaitu: Knights Templar mengalami holocaust oleh Inquisitor Vatican dan Phillip dari Perancis di thn 1312, banyak sekali hotel milik Templar yg dialihkan ke tangan Knight Hospitaller. Tetapan kawalan atas aset2 mereka dibagi menjadi 8 wilayah (Provence, Auvergne, Perancis, Itali, Aragorn, Castille, Jerman dan Inggeris).
Setelah beberapa kali berpindah kawasan, Knights Hospitaller berakhir di Malta.Ketika di tahun 1798 Napoleon merebut pulau itu dalam ekspedisinya ke Mesir. para ahli Order Hospitaller kemudian berubah status dari Kesatria tentera menjadi kelompok sosial dan kemanusiaan.
Saat ini organisasi tersebut bernama "Sovereign Military Order of Malta" berdiri sebagai organisasi kemanusiaan dan sosial. Tetap menjadi Kesatria walau tanpa pedang, kuda dan jubah hitam
Knights Of Teutonic Knights Of Teutonic. merupakan aliran agama katolik yang berasal dari Jerman.Aliran ini dibentuk untuk membantu peziarah kristen di tanah suci mendarat dan mendirikan rumah sakit untuk mengurus pesakit sakit dan terluka. kemudian dalam perjalanannya berubah menjadi aliran tentera. Nama penuh aliran tersebut dalam latin adalah "Ordo Domus sanctæ Mariae theutonicorum hierosolymitanorum", atau "Order Jerman Rumah Sakit Maria di Baitulmuqaddis atau bahasa Jermannya" orden der Brüder vom deutschen haus St. Marien di Jerusalem.
Dibentuk pada penghujung abad 12 di Acre. Pada abad pertengahan aliran ini memegang peranan penting di Outremer. Mengawal duti jalan tol pelabuhan Acre.selepas kekalahan Kristian di Timur Tengah pada tahun 1187, beberapa pedagang dari Lubeck dan Bremen berinisiatif untuk mendirikan rumah sakit yang akan menjadi cikal bakal Knight of Teutonic. Lalu berubah menjadi aliran tentera pada tahun 1198 dan menerima arahan daripada Pope untuk mengambil alih Yerusalem dari tangan gereja timur dan mempertahankannya dari kaum muslim. Setelah terusir dari Yerusalem, aliran ini banyak berperanan dalam perang melawan kaum non kristiani (selain muslim) di Eropah. Mereka berpindah-pindah tempat di Austria, Russia, menentang Lithuania, Poland dan lain-lain.
Aliran ini masih eksis hingga sekarang di Austria, selamat dari liputan Napoleon (tidak seperti kakaknya, Hospitaller). Bidang yang digarap bukan lagi tentera seperti jaman dulu tetapi bidang sosial dan kesihatan.
Tambahan buat order kristiani: Knights Hospitaller memiliki ciri jubah hitam atau coklat dengan lambang salib berwarna putih. Majoriti ahli Hospitaller adalah ksatria yang berasal dari Inggeris. Teutonic Knights memiliki ciri jubah hijau (Teuton) atau putih dengan lambang salib berwarna hitam. Teutonic Knights dibentuk oleh sisa para Kesatria Bavaria yang turut dalam perang salib ke 3 dibawah Frederick Barbarossa.
Hospitaller dan Teutonic mempunyai ahli wanita dan dengan jelas membahagikan tugas antara personel kombatan (Knights) dengan persobel non-kombatan (Clerics) sedangkan Templar tidak menerima ahli wanita dan tidak ada pemisahan tugas.Semua personel Templar berasal dari kaum Knights. Jadi melakukan tugas pejuang sekaligus tugas perkhidmatan umat.
Jelas kelihatan perbezaan ciri di antara mereka, Templars dgn jubah putih-salib merah, Teutonic dgn jubah hijau, Hospitallers dgn jubah hitam-salib putih / emas.Selain itu tampak perpaduan gaya Eropah dan Timur tengah / Palestin dlm pakaian mereka kerana memang ditubuhkan untuk bertempur di gurun dan tanah Arab
Islam Mamluk / Mamalik (budak putih) Banyak asalnya dari suku-suku circassian & alan, suku-suku Turki dari barat ukraina.Mereka adalah orang-orang tawanan perang Mongol yang jumlahnya ribuan, bahkan lebih banyak daripada tentera Mongol sendiri, yg akhirnya di beli sultan al salih dari Mesir. Selanjutnya, dari suatu peristiwa yg penuh penghianatan, mesir dikuasai oleh salah satu komander mamluk iaitu Aybak, dengan menikahi janda sultan mesir, sultana Shajar al-durr. Aybak tewas dibunuh pengikut sultana semasa sultana tahu kalau Aybak merancang membunuh sultana. sang sultana sendiri tewas dibunuh bekas isteri dan gundik Aybak.
Bashi Bazouk Adalah nama unit tentera bayaran Turki Uthmaniyyah (Ottoman) yang modelnya mirip Legion Asingnya Perancis (Legionaire Etrangere). Pasukan ini mempunyai organisasi lebih mirip gerombolan penjarah kerana apabila sedang tidak di-hire oleh Sultan Uthmaniyyah mereka bergerombol melakukan penjarahan di kawasan-kawasan sempadan lawan.Secara organisasi mirip Legion Asing Perancis, secara persenjataan sangat maju kerana dilengkapi senjata matchlok Uthmaniyyah, dalam pertempuran mereka bertingkah mirip para pasukan Mongol yang menjarah apa saja.
Janizaries Pasukan ini adalah pasukan elit yang pertama kali menembus tembok Constantinople dan mengalahkan pasukan Empayar Byzantium.Ironisnya anggota pasukan 'Janizaries' semuanya merupakan pasukan budak yang direkrut dari keluarga0keluarga Kristian di daerah yang diduduki Ottoman.Dinasti Uthmaniyyah menerapkan 'cukai anak sulung' dimana semua putra sulung dari keluarga Kristian di daerah pendudukan mereka diambil empayar sejak usia 12 tahun untuk dilatih ketenteraan dan dimasukan kedalam pasukan Janizaries '.
Jadi korps Janizaries paling ditakuti kerana mengandungi tentera yang dilatih berperang dan membunuh sejak remaja.Mulai abad ke-17 para Janizaries umumnya berasal dari orang Yunani. Kalau tidak salah pada abad ke-19 mereka memberontak namun akhirnya kalah dan korps Janizaries dibubarkan Pasukan Turki khawaraziman
Order Hashashi Yang merupakan asal kata Assassin merupakan sebuah sekte tersendiri dalam Islam. Mereka sangat anti dengan Kalifah Fatimid, khususnya faham Shi'ah. Mereka sangat memusuhi orang Islam diluar aliran mereka. Target mereka justru adalah tokoh agama / ulama Islam. Para sejarawan menduga asal kata dari Hashashi adalah Hashis iaitu candu yang berasal dari India. Mengkonsumsi Hashis adalah salah satu daripada ritual mereka dimana para pemimpin mereka menganggap stimulasi dari Hashis boleh membuat mereka 'memasuki dimensi ghaib'.
Kaum Hashashi adalah golongan Islam pertama yang melakukan pola serangan 'membunuh diri' dengan target para pemimpin agama / ulama Islam diluar aliran mereka.Secara ideologi mereka tidak memerang Kalifah tertentu tapi memfokuskan kepada pembunuhan para ulama.Kaum Hashashi dimusuhi oleh Kalifah2 Islam di wilayah itu seperti kalifah Baghdad dan Khalifah Kaherah. Namun ironisnya di masa Perang Salib kaum Assassin itu berpangkalan di daerah pergunungan Lubnan yang notabena merupaka daerah kekuasaan Crusader khususnya Order Templar.
Para sejarawan banyak yang menyatakan bahawa Sekte Hashashi adalah 'mirror image' alias serupa dengan Ordo Templar. Hanya saja dalam keyakinan yang berbeza. Bahkan organisasinya nyaris sama. Apabila dalam Templar ada hirarki seperti Brother Sergeant, Full Knight, Commander of region hingga Grand Master, maka dalam hirarki Assassin terdapat susunan yg nyaris sama. Dalam Assassin ada tingkatan bermula dari fida'i, fida'i Kabir, Da'i Kabir dll hingga Puncak pemimpinnya.
Secara ideologi Templar dan Assassin adalah sebuah organisasi religius-militan dengan sistem ke pemimpinan yang tidak merujuk kepada figur suatu peribadi melainkan murni organisasi yang sistem kepemimpinannya dipilih bukan berdasar garis keturunan melainkan pemilihan yang didasari reputasi dan prestasi terhadap Order / sekte mereka.
Sekte Assassin akhirnya pupus setelah kubu mereka di Lubnan digempur pasukan penceroboh Mongol dibawah Hulaghu Khan. Ketika itu tentera Mongol mengerahkan 50.000 tentera menyerbu kubu pertahanan Assassin di Lubnan dan membunuh sekitar 30.000 ahli militannya. Pasukan Mongol tersebut adalah pasukan yang sama dengan pasukan menghancurkan Kalifah Baghdad.

Knight Templar, Siapakah mereka?

Knight Of Templar! order kesatria Kristian yang paling ditakuti pada masa perang salib. Penemu sistem perbankan dan kad kredit pertama di Eropah pada abad ke 13, menguasai tanah yang luas di Eropah dan tanah suci, pengasas banyak sekali katedral gothik terkenal, diyakini sebagai penemu dan pengawal tabut perjanjian (ark of covenant) Musa, cawan Jamuan Kristus, Mandillon asli. Terjalin dengan tesis teori konspirasi bermula dari zaman Mesir kuno, sampai ke illuminati, freemasonry, dan one world order. Menguasai kewangan Eropah pada abad pertengahan, merupakan ujung tombak pasukan Crusader di tanah suci, pengasas negara swiss, hingga akhirnya kerana kekuatannya yang demikian besar pihak gereja Katolik saat itu berkomplot dengan raja perancis melakukan tuduhan palsu terhadap aliran tersebut.
Puncaknya pembantaian besar-besaran terhadap para Templar yg dilakukan oleh penyiasatan Rom dengan pelbagai tuduhan mulai dari perilaku seks menyimpang hingga pemujaan terhadap Bahomet. Hari penangkapan para Templar yang jatuh pada hari Jumat tgl 13 hingga kini dianggap sebagai hari sial di dunia barat.
Latar Belakang Templar dibentuk oleh 8 orang ksatria Frankish (perancis) dibawah pimpinan Hughues De Payen atas restu raja Baldwin (penguasa Baitulmuqaddis). Nama mereka iaitu 'The Poor Knights of the Temple of Solomon' diambil dari markas pertama mereka yang terletak di kompleks bekas kuil raja Salomo (Sulaiman). Dome of Rock atau Masjid Al-Aqsa sempat dijadikan pusat pentadbiran para Templar saat itu. Sejarawan moden telah menemui bukti fizikal tentang adanya ekskavasi (penggalian) yang dilakukan para Templar di lokasi itu. Jadi boleh dikatakan misi arkeologi moden yg pernah dilakukan guna mencari ark of covenant (tabut perjanjian Musa) telah didahului para Templar hampir seribu tahun lalu. 


Pemimpin Templar disebut Grand Master (Jacques De Molay adalah Grand Master yg terakhir). Sebagai organisasi tentera, Templar memiliki daerah wilayah sendiri dan menarik cukai perlindungan buat peniaga-peniaga yang melewati wilayahnya.Sebagai order kerahiban, Templar berhak menerima donasi ataupun persembahan dari jemaat yang dilayani mereka. Kerana dualismenya itu, Templar dibebaskan dari cukai kepada penguasa / raja wilayah di mana mereka bertempat kerana status istimewanya itu Templar juga dibebaskan dari kewajiban menyetor hasil persembahan kepada keuskupan wilayah. Pada zaman kegemilangannya Templar memiliki puluhan istana dan biara yang tersebar dari Scotland hingga ke daerah tanah suci (Palestin).
Komunitas Templar Dalam Ordo Templar, untuk menjadi Full Knights, seseorang haruslah berasal dari kaum bangsawan (keluarga Duke, Baron, Counts, etc). Kemudian mereka haruslah melepas kebangsawanannya, menyerahkan keseluruhan harta mereka kepada Ordo dan mengikuti kehidupan biarawan yg ketat dan tegas. Peraturan yang harus mereka jalani adalah:
1. Kesatria Templar dalam pertempuran, haram hukumnya untuk berundur kecuali kalah dalam jumlah lebih dari 1: 3, Jadi apabila jumlah Templar 300 dan musuh berjumlah 900, maka Templar tidak akan dan dilarang untuk berundur. 2. Perintah mundur itu pun hanya dilakukan oleh Grand Master atau pemimpin kontingen di saat itu 3. Templar sentiasa mengibarkan Standard Banner mereka yg disebut 'Beausant' dan selama standart banner itu berkibar, bererti jumlah musuh masih 1:3 atau seorang ksatria Templar tetap wajib untuk bertempur. 4. Templar selalu berpedoman pada doktrin: "The First To Charge on Enemy and The Last To Retreat" yang diterima pakai oleh US.Marine dalam hymne US. Marine: ".. From The Halls of Montezuma ....... the first to fight ... tha last to retreat" 5. Seorang templar harus berkaul kekal. bahkan sejak menjadi Templar hingga mati mereka diharamkan melepas celananya (bahkan untuk mandi sekalipun!) kecuali pada saat terpaksa harus menggantikannya kerana sobek atau rosak.
Di Perang Salib Disaat perang salib, Templar adalah ksatria eropa yg paling ditakuti kaum muslim.Sedemikian takutnya hingga Sultan Salladin (Salahudin Al Ayubi) yang terkenal akan kebijaksanaan dan belas kasihnya itu tidak memberikaan pengampunan bagi satupun ksatria Templar yg tertawan selepas kekalahan di perang Hatiin. Para ksatria Templar itu dianggap terlalu berbahaya bahkan untuk menjadi tawanan sekalipun.
"Beau Sant!" Adalah seruan perang kaum Templar yg selalu mengiringi serangan kavaleri mereka. Templar selalu berada digaris depan dalam tiap pertempuran semasa perang salib (Crusades). Mereka mempunyai peraturan-peraturan yang ketat dalam bertempur. Antara lain adalah selalu menyerang paling depan, dan (apabila terpaksa) selalu menjadi yang paling akhir untuk berundur. Seorang ksatria Templar diharamkan untuk lari dari hadapan musuh, dan hanya dibenarkan berundur apabila jumlah musuh lebih banyak 1:3 dari jumlah mereka.
Sejarah mencatat suatu peristiwa yang menggambarkan keberanian mereka iaitu dalam pertempuran Nazareth (The battle of Nazareth) dimana ketika itu kerajaan latin (Eropah) yang berpusat di Jerusalem sedang dalam gencatan senjata dengan pihak muslim di bawah pimpinan Salahuddin. Ketika itu Salahuddin meminta izin pada pihak kristen untuk melakukan eksplorasi dan tinjauan didaerah Nazareth. Izin itu diberikan dengan syarat tidak ada seorang nasrani-pun yang diserang dan kaum muslim mentaati-nya.
Bagitu berita itu tiba di garrison templar didaerah itu, Grand Master saat itu Gerard De Ridefort langsung memerintahkan penyerangan terhadap kontingen Arab tersebut. De Ridefort dikenali sebagai salah satu Grand Master yang paling militan dan agresif. 300 ksatria berkuda dipimpinnya ke Nazareth dan bertemu dengan pasukan ekspedisi Arab di bawah pimpinan Mahmoud Al Afdhal, putra dari Saladin yang jumlahnya 7000 askar dan pasukan askar berkuda. Dengan perbandingan lebih daripada 1:20, para ksatria Templar menyerang musuh mereka tanpa memperhatikan jumlah. Pertempuran itu jelas dimenangi pasukan Arab dan hanya menyisakan 3 ksatria Templar yang selamat (termasuk Grand Master Ridefort) tapi menunjukan keberanian yang luar biasa dari para rahib-ksatria itu.
Kekayaan dan pemilikan Templar atas banyak sekali relik suci dan naskah kudusnya adalah ancaman bagi kewujudan gereja Katolik (bahkan asas ajaran Kristian) pada masanya. Oleh kerana itu Konspirasi Vatican dan Raja Frankish waktu itu berjaya menamatkan order Rahib-Kesatria itu dengan tuduhan2 serta fitnah2 palsu. Pada akhirnya sejarah Templar dikaburkan dan berusaha dihapuskan dari catatan sejarah hingga saat ini.
Sejak Jacques De Molay, Grand Master templar terkini dieksekusi, para ksatria Templar yg selamat dari holocaust penyiasatan mendapatkan perlindungan di Scotland di mana para kesatria Templar bertempur bersama Robert 'Braveheart' The Bruce melawan Inggeris dan membina Rosslyn Chapel yg terkenal amat mistik kerana geometri magisnya (dipercayai pernah menjadi tempat simpanan sementara relik kudus Templar seperti Holy Grail dan Tabut Perjanjian Musa!), sebahagian Templar mendapat perlindungan di Portugis dgn menukar nama Ordo mereka dibawah perlindungan Henry the Navigator. Sebahagian lagi tetap berada di benua Eropah dengan menjadi organisasi rahsia Klandestain yang disebut Free Mason di mana salah satu cabang dari organisasi ini dipercayai menjadi pengasas negara Switzerland.
Pemusnahan Order Templar Seperti 'ciri khas' Inquisitor pada abad pertengahan, para kaum Templar di fitnah dgn bermacam tuduhan bermula daripada menyembah tengkorak-sodomi hingga menginjak salib. Sebuah kebiasaan dari Gereja Katolik yang terkenal sangat korup dan penuh kolusi di abad pertengahan (tuduhan yg sama juga dialamatkan pada Joan of Arc)
Alasannya jelas bahawa, order Templar merupakan aliran yang paling kuat dan kaya dimasa itu. Gereja Katolik merasa iri kerana penguasaan banyak sekali kapel dan istana oleh Templar, belum lagi relik-relik suci bermula daripada kain Kafan Turin, Mandylon (lukisan darah wajah Yesus) hingga cawan Jamuan terakhir dan Tabut perjanjian Musa (Ark of Covenant) yang paling dicari sepanjang masa itu. Sementara raja Phillip menghasut Paus kerana dia sedang memiliki hutang yang besar terhadap kaum Templar.
Namun tidak satupun harta mahupun relik kudus yg dijumpai kecuali ratusan Kesatria yang (anehnya) sukarela menyerahkan diri mengalami seksaan dengan tuduhan palsu tersebut. Para ahli banyak menduga bahawa beratus-ratus ksatria tersebut sengaja berkorban untuk melindungi Relik paling suci mereka iaitu 'The Holly Grail' dan "The Ark of Covenant". Hal itu dipicu dengan menghilangnya seluruh armada Templar dari pantai Perancis malam sebelum penangkapan tersebut.
Secret Society Setiap kumpulan Templar yang Survive tersebut terus meneruskan hirarki kepimpinan mereka secara berasingan di negeri pengasingan mereka. Di Scotland hingga kini ada organisasi Scottish Templar dan di Amerika malahan hirarki kepimpinan organisasi templar amat mirip dgn rantai komando mereka semasa perang salib di mana di setiap negara bagian AS mempunyai komando wilayah masing-masing. Templar di Portugis berubah nama menjadi Order Fatima yg mendapat perlindungan khusus dari kerajaan.
Dari sudut Secret Society, penangkapan Order Templar, merupakan salah satu cara untuk kembali meng-secret-society-kan-aliran tersebut dan menyatukannya kembali dengan Ordo Zion selepas Templar berhasil menunaikan tugas mereka di tanah suci selama perang salib. Tugas Utama yg dirahsiakan bukanlah untuk berperang melawan kaum Islam atau melindungi para peziarah, melainkan mencari dan mengamankan relik paling suci yg ada: Holly Grail dan Ark of the Covenant!
Selain itu dalam sumber bebas kita juga bisa menemukan hubungan antara legenda bajak laut di Caribbean dengan Templar. Sejak armada Templar menghilang dari pelabuhan La Rochele Perancis, satu hari sebelum holocaust berlangsung, banyak penyelidik yakin bahawa armada templar menukar lambang Salib merah berujung lapan menjadi lambang tengkorak dan dan tulang menyilang (skull & Crossbone) untuk mengenang holocaust tersebut. Di Inggeris banyak sekali makam templar yg pada nisannya terukir lambang tersebut.Oleh para pelaut abad ke-15 -16 lambang tersebut kemudian terkenal dgn sebutan "Jolly Rogers".
Secara organisasi rasmi, Order Templar sudah di hapus oleh Pope Clement sejak abad ke 14 namun 'main body' dari Templar tetap hidup hingga saat ini dalam bentuk secret society yang sering disebut Illuminati, nah salah satu kepanjangan tangan secret society tersebut di Amerika Syarikat adalah CFR atau council of Foreign relation yang dibentuk di thn 30-an. CFR itu mengandungi tokoh2 penting di AS seperti bankir, senator dan indutrialis yang 'secara kebetulan' adalah anggota Freemasonry (secret society yg merupakan turunan langsung dari Ordo Templar di Scotland).
Salah satu tokoh hasil 'ciptaan' sayap Masonic AS ini adalah J. Edgar Hoover yg merupakan dedengkot dari semua badan intelejen AS. Soal KGB, saya belum menemukan link seperti itu, namun satu hal yg diketahui adalah bahawa revolusi Rusia yang menjatuhkan monarki dan menggantikannya dengan komunisme itu ditaja oleh keluarga bankir Krupps - Rothman yang dikenali sebagai dinasti Illuminati sejak abad ke-18.
Yang menjadi misteri adalah sisa Templar yg menjadi underground. Organisasi spiritual-tentera seperti Priory of Sion (perancis) dan SMOTJ (Supremme military Order of the temple of Jerusalem)-Baitulmuqaddis, Free-Mason (spiritual-aristokrat) dan Illuminati (bankir-yahudi). Organisasi-organisasi diatas dipercayai mempunyai peranan sangat besar dalam politik-ekonomi dunia dengan kekuatan yang melebihi kumpulan-kumpulan Templar 'tradisional' di Scotland, Amerika dan portugis.
Berikut adalah senarai para Grand Master Templar sejak terbentuknya Order Knights Templar 1118 hingga 1314 ketika secara rasmi dihapuskan olah konspirasi raja Frankish - Kota Vatican: 1. 1118 - 1136 Hugh de Payens (founding member of the order) 2. 1136 - 1146 Robert de Craon 3. 1146 - 1149 Everard des barres 4. 1149 - 1153 Bernard de Tromelai 5. 1153 - 1156 Andre de Montbard (salah satu pengasas yg juga merupakan paman dari Bernard of Clairvaux) 6. 1156 - 1169 Bertrand de Blanchefort (Grand Master yg menetapkan Lambang tradisional Templar 'Two knights on one horse seal') 7. 1169 - 1171 Philip de Milly 8. 1171 - 1179 Odo de St Amand 9. 1179 - 1184 Arnold de Toroga 10. 1185 - 1189 Gerard de Ridefort (Grand Master yg bertempur pada pertempuran Hattin dgn pasukan Salladin) 11. 1191 - 1193 Robert de Sable (Grand Master yg melakukan pembelian pulau Cyprus dari Richard I 'The Lion Heart') 12. 1193 - 1200 Gilbert Erail 13. 1201 - 1208 Phillip de Plessiez 14. 1209 - 1219 William de Chartres 15. 1219 - 1230 Pedro de Montaigu 16. (???) - 1244 Armond de Perigord 17. 1245 - 1247 Richard de Bures 18. 1247 - 1250 William de Sonnac 19. 1250 - 1256 Reynald de Vichiers 20. 1256 - 1273 Thomas Berard 21. 1273 - 1291 William de Beaujeu (Grand Master yg gugur dalam pertempuran di Accra. 22. 1291 - 1293 Thiobald de Gaudin 23. 1293 - 1314 Tacques de Molay (The Last Grand Master of The Order)
Grand Master Knights of Templar pasca holocaust dari penyiasatan menurut sumber dari SMOTJ (Sovereign Military Order of the Temple of Jerusalem). Knight of Templar tidak berakhir bersamaan dgn kematian De Molay. Menurut dokumen yg disebut Larmenius Charter, Jacques de Molay sempat mengangkat John Mark Larmenius seorang ksatria Templar yg bertugas di Napoli menjadi Grand Master penggantinya.
Ini senarai Grand Master pasca holocaust 1314:
1. 1313 - 1324 John Mark Larmenius 2. 1324 - 1340 Thomas Theobald of Alexandria 3. 1340 - 1349 Arnaud de Braque 4. 1349 - 1357 Jean de Claremont 5. 1357 - 1381 Bertrand du Guesclin 6. 1381 - 1392 Bernard Arminiacus 7. 1419 - 1451 Jean Arminiacus 8. 1451 - 1472 Jean de Croy 9. 1472 - 1478 Bernard Imbault 10.1478 - 1497 Robert Leononcourt 11.1497 - 1516 Galeatius de Salazar 12.1516 - 1544 Gapard de Galtiaco Tavanensis 13.1544 - 1574 Phillipe Cabot 14.1574 - 1615 Henry de Montgomery 15.1615 - 1651 Charles de Valois 16.1651 - 1681 Jacques Ruxellius de Grancieo 17.1681 - 1705 Jacques Henry Duc de Duras 18.1705 - 1724 Phillipe, Duc D'Orleans 19.1724 - 1737 Louis Augustus Bourbon 20.1737 - 1741 Louis Henry Bourbon Conti 21.1741 - 1776 Louis-Francois Bourbon Conti 22.1776 - 1792 Louis-Hercule Timoleon, Duc de Cosse Brissac 23.1792 - 1804 Claude-Mathieu Radix de Chavillon 24.1804 - 1838 Bernard Raymond Fabre Palaprat