Wednesday, April 6, 2011

Apa itu Tarsier

TARSIER merupakan primat terkecil dan unik di dunia.

DI puncak gunung pulau Sulawesi, Indonesia, saintis buat pertama kalinya dalam tempoh lapan dekad telah menemui semula binatang yang dinamakan tarsier kerdil. Ia merupakan salah satu daripada primat terkecil dan unik di dunia.
Saintis mengambil masa selama dua bulan untuk memerangkap trasier bersaiz tikus itu di Gunung Rore Katimbo di Taman Lore Lindu di Sulawesi Tengah. Mereka berjaya menangkap dua ekor jantan dan seekor betina.
Tarsier itu dipercayai oleh para saintis sebagai telah pupus dan sukar untuk ditemui kembali. Salah seorang daripada saintis itu ialah Sharon Gursky-Doyen, profesor daei Texas A&M University.
“Saya adalah satu-satunya manusia di dunia yang telah digigit oleh tarsier kerdil,” kata Gursky-Doyen.
“Pembantu saya cuba untuk memegangnya ketika saya hendak memasang kolar radio pada lehernya. Sukar sekali untuk memegangnya kerana ia boleh memusingkan kepala sehingga 180 darjah. Ketika saya cuba menutup kolar radio itu, ia memusingkan kepalanya dan menggigit jari saya hingga berdarah,” ujarnya.
Kolar tersebut dipasang untuk mengesan pergerakan tarsier tersebut.
Tarsier merupakan primat luar biasa. Binatang yang tergolong dalam keluarganya juga ialah monyet dan orang utan.
Tarsier bersaiz kecil dan beratnya hanya 50 gram. Ia mempunyai mata dan telinga yang besar, dan rupanya lebih seperti makhluk dalam cerita Hollywood, Gremlins.

No comments: