Tuesday, April 5, 2011

Coca Cola Vs PEPsi


Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola CompanyNYSE:KO) dari AtlantaGeorgia, Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya.
Dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19, Coca-Cola telah diperoleh oleh usahawan Asa Griggs Candler, dan melalui taktik pemasarannya yang amat bijaksana, Coke berjaya mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coca-Cola masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia.Sebagai satu strategi pemasaran awam yang dimulakan oleh Robert W. Woodruff, syarikat ini telah menghebahkan bahawa rumusan minuman Coca-Cola merupakan suatu rahsia perdagangan dalam perniagaan moden yang diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja. Rahsia ini termasuklah, ramuan yang dikenali "7X" yang selama ini dianggap sebagai komponen kamiran untuk Coca Cola. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui "X" itu merujuk kepada apa — walaupun adalah dipercayai pekerja Coca Cola mencampuradukkan minuman ini menurut nombor yang diberi kepada ramuan tertentu dan bukannya nama, untuk mengelakkan kemungkinan pekerja melakukan kejuruteraan terbalikkeatas resipi Coca-Cola. Namun demikian, pembuat minyak wangi dan ahi sains pemakanan — melalui kaedah analisis yang moden — mampu mengenalpasti komposisi produknya, satu fakta yang disokong oleh kewujudannya banyak perisa minuman kola dan minuman bergas, seperti Pepsi.
Namun, terdapat khabar angin yang menyatakan resipi asal Coca Cola mengandungi kekacang mongolia, dan pada pertengahan 80-an apabila rahsia ini dibongkar oleh kerajaanMongolia, mereka telah menaikkan harga komoditi ini.(Coca Cola telah membeli kekacang mongolia secara senyap melalui beberapa pengedar). Akibatnya, Coca Cola terpaksa menggantikannya dengan kekacang mongolia tiruan. Selepas itu, sama ada disebabkan usaha mereka untuk membuat keuntungan apabila ramuan rahsia mereka menjadi semakin mahal, atau perisa tiruan mereka tidak menjadi (dan syarikat ini memerlukan lebih masa agar orang ramai melupakan rasa Coca-Cola yang sebenar), 'Coke' yang baru telah diperkenalkan.
KRITIKAN

Legenda bandar dan kegunaan luar biasa

Legenda bandar mengenai Coca-Cola yang terlalu banyak telah menyebabkan "Halaman Rujukan Legenda Bandar" ("Urban Legends Reference Pages") untuk mengekhaskan satu bahagian yang berasingan dalam laman webnya untuk "Legenda Coke". Satu dakwaan yang palsu mengatakan bahawa pada suatu masa, Coke berwarna hijau, ataupun dikarbonatkan secara tidak sengaja sewaktu seorang kerani memancutkan sirap ke dalam gelas yang salah.
Coca-Cola telah menjadi sasaran legenda bandar yang mencela bahawa minuman itu mengandungi terlalu banyak asid (nilai pHnya sebanyak 2.5 merupakan pertengahan antara cukadengan asid gaster), ataupun air berkarbonatnya membawa kesan yang terancam.
Legenda bandar biasanya merupakan "fakta melawak", umpamanya:
  • "Peronda lebuh raya menggunakan Coke untuk membersihkan darah daripada lebuh raya selepas kemalangan."
  • "Terdapatnya orang yang pernah mati sewaktu menyertai pertandingan minum Coke."
  • "Coke boleh melarutkan gigi jika dibiarkannya semalaman."
Kesemua dakwaan ini adalah palsu. (Sedangkan peronda lebuh raya tidak menggunakan Coca-Cola untuk tujuan ini, telah dibuktikan dalam rancangan televisyen "MythBusters" bahawa Coca-Cola merupakan agen pencuci pencuci yang baik.)

Satu kegunaan Coke yang luar biasa adalah sebagai bahan kawalan karat — asid fosforik di dalam Coke dapat menukarkan oksida besi menjadi ferum fosfat. Oleh sebab itu, ia boleh dipergunakan untuk rawatan antikakisan peringkat permulaan bagi barang-barang besi dan keluli. Menurut berbagai-bagai laman web, asid dalam Coca-Cola juga boleh dipergunakan untuk menyadur anod titanium.
Bertentangan dengan kepercayaan popular, kokaina, iaitu ekstrak daun koka, tidak pernah ditambahkan ke dalam Coca-Cola secara langsung. Oleh sebab kokaina memang wujud dalam daun koka, terdapatnya sedikit kokaina juga di dalam minuman. Pada hari ini, Coca Cola menggunakan daun koka "terpakai" yang telah menjalani proses ekstrak kokaina untuk memberi rasa pada minumannya. Oleh sebab proses ini tidak dapat mengekstrak alkaloids kokaina pada peringkat molekul, minuman itu masih mengandungi kesan perangsang.


Kesan jangka panjang kepada kesihatan

Sedangkan ramai pakar pemakanan percaya bahawa "minuman bergas dan makanan yang kaya dengan kalori tetapi tidak bernutrien boleh padan dengan diet yang baik", telah dianggapi secara am bahawa Coca-Cola dan minuman bergas yang lain adalah berbahaya jika terlalu meminumnya, khususnya terhadap kanak-kanak yang minumnya sebagai ganti dan bukannya sebagai pelengkap untuk diet seimbang. Kajian telah mendedahkan bahawa peminum minuman bergas mempunyai pengambilan yang lebih rendah untuk kalsium (boleh mengakibatkan osteoporosis), magnesiumasid askorbikriboflavin, dan vitamin A.
Coca-Cola juga membangkitkan kritikan untuk penggunaan kafeinanya. Industri minuman bergas telah menganggap kebanyakan daripada kritikan ini sebagai mitos bandar. Terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa Coco-Cola boleh menagihkan, walaupun kebenaran cakap ini masih belum dipastikan.

Keasidan

Sejak 1920-an, banyak bukti telah dikemukakan untuk memastikan bahawa Coca-Cola tidaklah lebih berbahaya berbanding minuman bergas yang serupa, ataupun jus buah-buahan berasid seperti jus epal Mr Juicy. Dalam keadaan yang biasa, keasidannya tdiak mengakibatkan bahaya yang langsung.
Uji kajian 2005 oleh Akademi Pergigian Pediatri Amerika mendapati bahawa pH mulut selepas berkumur dengan Coca-Cola adalah 5.5, 5.6, and 5.7 in 5, 10, dalam jangka masa 20 minit (masing-masing). Tiada satu pHnya yang termasuk dalam julat genting untuk merosakkan enamel gigiDiet Coke didapati mempunyai asid yang kurang sedikit.
Kesaksamaan uji kajian ini boleh dipersoalkan. Pada tahun 2003, xxx mendapat bantuan sebanyak AS$1 juta] daripada Coca-Cola untuk membiayai penyelidikan pendidikannya.
Coca-Cola juga telah membangkitkan kritikan kerana penggunaan asid fosforiknya.


Pepsi-Cola, lebih dikenali sebagai Pepsi, ialah minuman bergas keluaran PepsiCoTanda niaga jenama ini didaftar pada 16 Jun 1903, walaupun minuman ini telah dicipta oleh ahlifarmasi Caleb Bradham seawal 1898. Serupa dengan Coca-Cola, pesaing utamanya, Pepsi pada asalnya juga dicipta untuk mengubati sakit perut.
Terdapatnya banyak jenis Pepsi, termasuknya Pepsi Vanila, Diet Pepsi (kelainan yang terpopular), dan Pepsi Max (di luar Amerika Syarikat).

Pepsi-Cola, yang asalnya bernama "Minuman Brad" ("Brad's drink"), direka pada awal 1890-an oleh ahli farmasi Caleb Bradham di New Bern, Carolina UtaraAmerika Syarikat. Pada 28 Ogos 1898, nama "Minuman Brad" ditukar menjadi "Pepsi-Cola" dan kemudiannya nama itu didaftar pada 16 Jun 1903. Oleh sebab Pepsi pada asalnya bertujuan untuk mengubati sakit perut, Bradham memperoleh nama Pepsi dari penyakitdispepsia (sakit perut atau ketakcernaan). Minuman itu dibuat daripada air berkarbonatgulavanilaminyak patipepsin dan buah kola.
Pada tahun 1903, Bradham berpindah pembotolan Pepsi-Cola dari gedung ubatnya ke sebuah gudang sewa. Pada tahun itu, Bradham menjual 7,968 gelen sirap, dan pada tahun berikutnya, Pepsi dijual dalam botol enam auns dan jualan meningkat ke 19,848 gelen. Pada 1905, Pepsi bertukar logonya buat kali pertama sejak reka bentuk aslinya pada 1898, dan pada 1906, logonya ditukar lagi sekali. Pada tahun yang sama, kerajaan Amerika Syarikat meluluskan Akta Makanan dan Drug Tulen yang mengharamkan bahan-bahan seperti arsenikplumbumbarium, dan uranium daripada makanan dan minuman. Ini memaksakan Coca-Cola menukarkan rumusan mereka; bagaimanapun, Pepsi-Cola telah tidak mengandungi bahan-bahan tersebut, dan menuntut bahawa mereka telah mematuhi keperluan undang-undang yang baru itu.
Pada 1909, perintis perlumbaan automobil Barney Oldfield menyokong Pepsi-Cola dalam iklan surat khabar yang mengatakan "Minuman buli... menyegarkan, mencergaskan, perteguhan yang baik sebelum perlumbaan". Pada tahun 1923, Pepsico menjadi muflis disebabkan oleh harga gula yang tinggi kerana Perang Dunia II. Hartanya dijual dan Roy C. Megargel membeli tanda niaga Pepsi. Lapan tahun kemudian, syarikat itu menjadi muflis semula, dan menyebabkan perumusan semula sirap Pepsi-Cola. Dalam tahun-tahun berikutnya, minuman itu mencapai kepopularan dan pada tahun 1934, syarikat itu memperkenalkan minuman 12-auns buat pertama kali. Pada tahun 1964, kelainan Diet Pepsidiperkenalkan, dan merupakan minuman diet bergas yang pertama di Amerika Syarikat.
Pada 1980, Pepsi memperkenalkan kempen pemasaran "Cabaran Pepsi" yang mana Pepsico membuat ujian rasa buta antara Pepsi-Cola dan pesaing Coca-Cola. Dalam ujian-ujian rasa buta itu, kebanyakan daripada peserta memilih Pepsi sebagai minuman yang lebih sedap. Pepsi menggunakan kelebihan kempen itu untuk melaporkan keputusan ujiannya dalam iklan televisyen kepada orang awam. 
Sedangkan sebahagian mendakwa bahawa rasa Pepsi serupa sahaja dengan Coca-Cola, ada yang mengatakan bahawa mereka dapat mengesankan perbezaannya. Pada masa dahulu, perbezaan antara rasa Pepsi dan Coke adalah lebih besar daripada perbezaan hari ini. Sewaktu rasa Pepsi menjadi lebih popular, Coca-Cola menyesuaikan rasa minumannya supaya lebih mendekati rasa Pepsi (Coke Baru). Walaupun Pepsi mendakwa bahawa ini merupakan suatu kemenangan untuk kolanya, Coca-Cola tidak lama kemudian mengembalikan rumusannya kerana peminum-peminumnya lebih menyukai Coca-Cola yang tidak bertukar, walaupun pengujian menunjukkan bahawa rasa Coke yang baru adalah lebih baik.

Kritikan


Mesin soda Pepsi.


Kesan jangka panjang kepada kesihatan

Sesebahagian pakar pemakanan menegaskan bahawa bahan asid fosforik di dalam Pepsi-Cola dan minuman bergas yang serupa, mungkin merosakkan kesihatan tulang, baik bagi lelaki, mahupun perempuan. Seseparuh kajian mendapati bahawa kesannya lebih menjejaskan kesihatan perempuan.
Pepsi dan produk lain yang serupa mengandungi terlalu banyak gula. Pengambilan gula yang keterlaluan telah disyaki sebagai satu faktor yang menjadi sebab sesebahagian jenis penyakit kencing manis. Gula juga merupakan salah satu sebab utama untuk kereputan gigi.
Tambahan pula, kedua-dua kelain 'diet' dan yang biasa adalah terlalu berasid. Oleh sebab itu, ia mengakibatkan kerosakan enamel gigi, khususnya jika dihirup kerap kali sepanjang hari berbanding meminumnya sekaligus.


Pepsi di India
Menurut kebanyakan laporan, Pepsi berjaya memasuki India pada tahun 1988 melalui usaha samanya dengan Perbadanan Perindustrian Pertanian Punjab (Punjab Agro Industrial Corporation) (PAIC) yang dimiliki oleh kerajaan Punjab serta Voltas India Berhad (Voltas India Limited). Usaha sama ini memasarkan dan menjual Lehar Pepsi sehingga 1991. Sewaktu jenama asing dibenarkan, Pepsi membeli saham rakan kongsinya dan menamatkan usaha samanya pada tahun 1994.
Yang lain mendakwa bahawa:
  • Pepsi dilarang mengimport ke India pada tahun 1970 kerana enggan mendedahkan senarai ramuannya.
  • Pada tahun 1993, pengharaman itu dibatalkan, dan Pepsi masuk semula ke pasaran India tidak lama kemudian.
Perbalahan-perbalahan ini merupakan peringatan terhadap "hubungan India dengan syarikat-syarikat multinasional yang kekadangnya amat sengit." Sesebahagian orang memperdebatkan bahawa Coke dan Pepsi terjadi "sasaran utama disebabkan sebahagian kerana mereka merupakan syarikat asing yang terkenal serta amat menarik perhatian.


Penggunaan racun perosak

Pada tahun 2003, Pusat untuk Sains dan Persekitaran ("Centre for Science and Environment") (CSE), sebuah pertubuhan bukan kerajaan di New Delhi telah mengatakan bahawa minuman bergas yang dikeluarkan oleh pekilang-pekilang di India, termasuknya multinasional raksasa Pepsico dan Coca-Cola, mengandungi toksin yang merangkumi lindanaDDTmalation dan klorfirifosa, iaitu pestisid yang boleh menyebabkan kanser, kemusnahan sistem imun, serta kecacatan lahir. Produk yang diuji termasuk Coke, Pepsi, Seven UpMirindaFanta, Thums Up, Limca, dan Sprite.
CSE mendapati bahawa minuman-minuman syarikat Pepsi mengandungi 36 kali lebih tinggi daripada tingkat kuantiti sisa pestisid yang boleh terima di bawah peraturan Kesatuan Eropah; Coca Cola mempunyai 30 kali . CSE mengatakan bahawa ia telah menguji produk yang sama di Amerika Syarikat dan tidak mendapati sebarang sisa pestisid. Bagaimanapun, ini merupakan piawai Eropah untuk air, dan bukannya untuk minuman yang lain. Tiadanya undang-undang di India yang mengharamkan minuman yang mengandungi pestisid.
Sebagai gerak balas kepada berita ini, ramai orang India membakarkan botol kedua-dua jenama minuman bergas di jalan raya. Coca Cola dan PepsiCo dengan marahnya menafikan bahawa produk-produk mereka di India mengandungi tingkat toksin yang jauh melebihi apa yang dibenarkan di dunia membangun. Walau bagaimanapun, sebuah jawatankuasa parlimen India menyokong dapatan CSE pada tahun 2004, dan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan tengah mencuba memperkembangkan piawai pestisid yang pertama dalam dunia untuk minuman bergas. Coke dan PepsiCo menentangi langkah ini, dan mengemukakan alasan bahawa ujian makmal tidak boleh dipercayai untuk mengesankan kesan-kesan pestisid di dalam minuman yang kompleks seumpama air soda. Pada 7 Disember 2004Mahkamah Agung India memutuskan bahawa kedua-dua syarikat Pepsi serta Coca-Cola harus melabelkan kesemua tin dan botol minuman mereka dengan amaran pengguna selepas ujian-ujian mempertunjukkan tingkat sisa pesticid yang tidak boleh diterima. Kedua-dua syarikat masih mempertahankan bahawa produk mereka mematuhi kesemua piawai keselamatan antarabangsa tanpa melaksanakan keputusan Mahkamah Agung.
Bermula dari 2005, Coke dan Pepsi bersama-sama memegang bahagian pasaran minuman bergas sebanyak 95% di India. 


Penggunaan air

Pepsi juga telah dikatakan mengamalkan "perompakan air" disebabkan peranannya dalam mengeksploitasikan sumber air dalam tanah yang menyebabkan kekurang air minum untuk orang tempatan di perkampungan Pudussery, daerah Palakkad yang terletaknya di dalam negeri Kerala, India. Penghuni-penghuni tempatan telah mendesak kerajaan untuk menutupkan kilang Pepsi itu.


Pesaingan dengan Coca-Cola

Coke masih lebih laris daripada Pepsi di hampir semua kawasan di dunia. Arab Saudi dan wilayah-wilayah Kanada yang terdiri daripada Pulau Prince EdwardNewfoundland dan Labrador, serta Quebec merupakan beberapa kekecualian.
Menurut kebanyakan laporan, Coca-Cola ialah ketua pasaran dalam sektor minuman bergas di India sehingga 1977 sewaktu syarikat itu meninggalkan India selepas kerajaan barunya memerintah Coke mendedahkan rumusannya dan mengurangkan bahagian hak milik dalam syarikat India, seperti yang diperlukan oleh "Akta Peraturan Tukaran Asing" (FERA). Pada tahun 1988, Pepsi masuk India melalui usaha sama dengan Perbadanan Perindustrian Pertanian Punjab (Punjab Agro Industrial Corporation) (PAIC), sebuah perbadanan yang dimiliki oleh kerajaan Punjab, dan Voltas India Limited. Usaha sama itu memasarkan dan menjual Lehar Pepsi sehingga 1991 apabila penggunaan jenama-jenama asing dibenarkan; Pepsi membeli seluruh bahagian hak milik pekongsi-pekongsinya dan menamatkan usaha sama mereka pada tahun 1994.  Pada tahun 1993, Coca-Cola kembali sewaktu polisi liberalisasi India diisytiharkan. Pada tahun 2005, Coca-Cola dan Pepsi bersama-sama memegang bahagian pasaran sebanyak 95% dalam jualan minuman bergas di India. Bahagian pasaran Coca-Cola di India ialah 60.9%.
Pepsi sudah lama merupakan minuman penutur-penutur bahasa Perancis di Kanada, dan minuman itu masih memegang dominansnya melalui pergantungan syarikat itu kepada penutur-penutur bahasa Perancis tempatan yang terkenal, khususnya Claude Meunier daripada kemasyhuran La Petite Vie, untuk menjual produknya. "Pepsi" kemudian menjadi nama samaran kesat bagi penutur-penutur bahasa Perancis yang dipandang sebagai kelas bawah oleh penutur-penutur bahasa Inggeris pada pertengahan abad ke-20. Istilah ini kini digunakan sebagai rujukan sejarah kepada permusuhan bahasa Perancis-bahasa Inggeris. Semasa perdebatan pemecahan untuk pemungutan suarapada tahun 1995, seorang pendeta menulis: "Dan sebuah dinding akan dibina di sepanjang lebuh raya St-Laurent (pembahagian tradisional antara orang Perancis dan orang Inggeris di Montreal) kerana sebilangan orang membuang botol-botol Coke ke satu arah, sedangkan botol-botol Pepsi dibuang ke arah yang bertentangan.
Di Amerika Syarikat, Pepsi lebih laris daripada Coke di kawasan-kawasan berikut:
Lebih penting, di Amerika Syarikat, Pepsi lebih laris daripada pesaingnya di kedai-kedai runcit dan kedai-kedai mudah beli yang dianggap sebagai penunjuk untuk keutamaan pengguna. Dominans Coca-Cola adalah dari segi urus janjinya dengan restoran eksklusif, teater, taman hiburan, kolej, dan stadium yang memberikan Coke kelebihan jualan keseluruhan. Di Amerika Syarikat, jumlah bahagian pasaran Pepsi adalah di sekitar 31.7 peratus pada tahun 2004, sedangkan bahagian pasaran Coke adalah di sekitar 43.1 peratus.
Di Rusia, Pepsi pada suatu masa mempunyai bahagian pasaran yang lebih besar berbanding dengan Coca-Cola. Pada tahun 1974, Pepsi membuat urus janji dengan Kesatuan Soviet untuk pengeluaran skala besar. Bagaimanapun, dominans Pepsi di Rusia terjejas sewaktu Perang Sejuk tamat. Sewaktu kejatuhan Kesatuan Soviet, Pepsi telah dikaitkan kepada sistem Soviet lama, dan Coca Cola yang baru sahaja diperkenalkan di negara itu pada tahun 1992, dikaitkan kepada sistem yang baru. Oleh itu, Coke dengan pantasnya menguasai sebahagian besar daripada pasaran Pepsi yang mungkin memerlukan banyak tahun untuk mengembangkan. Menjelang Julai 2005, Coca-Cola mencapai bahagian pasaran sebanyak 19.4 peratus, diikuti oleh Pepsi dengan 13 peratus.






No comments: