Saturday, April 23, 2011

Derhaka kepada Ibu Bapa?

Dalam kehidupan, Tuhan sebenarnya telah mewujudkan kita 1 kitaran kehidupan yang mungkin kita tidak pernah terfikir. Apa yang jelas, Tuhan membuat semua ini agar kita saling bantu membantu antara satu sama lain. Namun, kitaran Hidupan yang ingin saya kaji ini ialah merangkumi institusi keluarga sahaja. Ini kerana, terdapat banyak kes yang dapat saya lihat iaitu Derhaka kepada Ibu Bapa/mentua pada masa kini.





Pada awal kehidupan, Ibu bapa kita yang telah melalui alam perkahwinan telah berjaya memperoleh kurniaan yang tidak terhingga daripada Tuhan iaitu insan yang bergelar Anak.





Pada mula, kamu dilahirkan. Semasa kamu kecil, 1 perkara kamu tidak sedar, kamu masih belum pandai berjalan. Di situ, ibu dan bapa kamu berusaha untuk guide kamu agar kamu pandai berjalan. Selain itu, makan dan minum kamu pun perlu disuapkan dan disusukan. Seterusnya, kamu juga belum pandai untuk basuh berak dan kencing sendiri. Mandi pun belum pandai. Semua itu dijagai oleh parents kamu. Ini kerana kamu masih digelarkan Baby dan jika disebut tentang baby, itulah yang kita tahu iaitu Baby Haruslah dijaga oleh orang dewasa.





Bila 1 peringkat menjelma, kamu akan mencecah alam remaja. Tanpa disedari, Ibu bapa amat risau akan kamu bila kamu remaja, kerana kamu pada masa ini bersifar rebellious dan degil. Justeru itu, ibu bapa akan sentiasa mengawasi gerak geri kamu. Kamu harus ingat, ia bukanlah bermakna mereka mengongkong kamu, melainkan mereka tidak mahukan kehidupan kamu rosak di masa akan datang dengan sifat dan kematangan yang belum ada dalam diri kamu.





 Di satu peringkat adalah kamu digelar sebagai dewasa. Bila kamu dewasa, pemikiran kamu sudah matang. Ada yang masuk Universiti, ada yang mulai bekerja. Pemikiran yang matang ini menjadikan diri kamu lebih mudah membuat keputusan tanpa ada kongkongan daripada ibu bapa. Thank God.







Di satu ketika, ibu bapa kamu akan merinduikan kamu sepenuhnya kerana mereka terpaksa melepaskan kamu untuk memasuki alam perkahwinan. Sekaligus, membawa kepada haluan masing-masing buat kamu adik beradik.





Di satu peringkat, kamu mulai menjadi sebuah institusi keluarga yang unggul yang mana kamu akan ada anak. Di situ, berlaku la satu konflik yang mana kamu akan mengalami permasalahan berkaitan dengan komitmen dengan ibu bapa, anak-anak mahupun pekerjaan.





Ibu bapa yang begitu sayang akan kamu, yang begitu merindui kamu telah pun mengalami satu kitaran hayat, iaitu mereka telah ke alam Tua. Di sinilah akan berlaku konflik antara anak-anak yang mana kamu mahupun adik beradik kamu mungkin akan bergaduh tentang siapa yang akan jaga mereka berdua. Bila semua tidak ingin jaga __________ Berlakulah satu keputusan yang tuhan tidak ingin lihat iaitu:





Menghantar mereka ke rumah orang Tua. 





Sayang seribu kali sayang. Kenapa kamu harus menderhaka kepada ibu bapa mu? Tidakkah kamu sedar bahawa bila mereka telah melalui alam Tua, mereka sebenarnya diciptakan oleh Tuhan untuk menjadikan mereka Baby kembali? Itulah cubaan yang diberikan oleh Tuhan kepada kita wahai manusia (anak). Tuhan ingin melihat sejauh mana komitmen kamu sebagai seorang anak terhadap ibu bapa. Kitaran kehidupan ini dapat kita lihat apabila ibu bapa kita ini tua, secara jelas menunjukkan semua ciri-ciri persamaan dengan Baby. Cth, mereka tidak lagi mampu untuk mandi sendiri, berak sendiri, makan sendiri, minum sendiri, terpaksa memapahnya berjalan. Disitulah kitaran hidup itu bermula yang tuhan ingin lihat iaitu, tuhan mengharapkan kamu membalas seperti mana ibu bapa kamu pernah lakukan pada kamu. Tapi kenapa kamu tidak sedar wahai manusia?


Lihatlah wajah-wajah mereka Ini ________ Tidakkah kamu kasihan?


































Kita sebagai manusia, 1 perkara yang kita harus sedar iaitu kita melalui satu proses yang digelar  Senescence. Old age consists of ages nearing or surpassing the average life span of human beings, and thus the end of the human life cycle. Bila kamu derhaka, 1 perkara yang kamu harus tahu iaitu kamu adalah manusia yang termasuk dalam golongan Ageism. Ageism, also called age discrimination is stereotyping of and discrimination against individuals or groups because of their age. It is a set of beliefs, attitudes, norms, and values used to justify age based prejudice, discrimination, and subordination.






Nurkilan dari Marshall Johan 2011.

No comments: