Ramai antara kita sebenarnya  tanpa disedari bersikap prejudis  dan menaruh sterotaip negatif terhadap  orang lain. Fenomena ini telah  dibuktikan dalam banyak kajian dalam  bidang psikologi sosial. Kajian di  Amerika misalnya ada melaporkan hampir  80 peratus masyarakat kulit  putih di sana tanpa disedari menaruh sikap  prejudis terhadap masyarakat  berkuit hitam. Sikap implisit ini tidak  semestinya dizahirkan melalui  perbuatan atau kata-kata secara terbuka,  namun dalam situasi tertentu  ianya tetap terserlah.   
Di Malaysia, isu  prejudis dan  sterotaip kaum ini sering dianggap isu sensitif bukan  sahaja di pentas  awam, tapi juga di kalangan ahli-ahli akademik. Oleb  sebab itu, tidak  banyak kajian saintifik yang dilakukan untuk meninjau  sejauh mana masyarakat  pelbagai kaum di Malaysia menaruh sifat perjudis  terhadap satu sama  lain.
Taksub kepada identiti kaum   
Salah satu sebabnya adalah  sikap kurang berhati-hati di  kalangan ibubapa dan guru-guru.  Sekiranya  sejak dari kecil kita  didedahkan dengan ungkapan-ungkapan negatif terhadap  kaum lain samada  di rumah ataupun di sekolah, lama-kelamaan ia menjadi  sebati dengan  pemikiran dan kelakuan kita.     
Ungkapan  seperti “kalau terjumpa  orang ‘Keling’ dan seekor ular, bunuh orang  ‘Keling’ itu dulu...???  sudah sekian lama disampaikan dari satu  generasi ke generasi yang lain  di kalangan orang Melayu. Pastinya,  untuk mencapai wawasan bangsa Malaysia,  1Malaysia, atau apa saja  istilah perpaduan antara kaum yang ada, ungkapan-ungkapan  seperti ini  perlu dinyahkan sama sekali dari muka bumi Malaysia ini.  
 Guru-guru  sekolah pula perlulah  lebih berhati-hati tatkala membincangkan sejarah  negara. Perlu dibezakan  antara fakta sejarah dan hujah-hujah peribadi  yang tidak objektif. Pengalaman  peribadi saya di sekolah berasrama  penuh kerajaan yang komposisi pelajarnya  lebih kurang 95 peratus  pelajar-pelajar Melayu, guru-guru Melayu tanpa  ragu-ragu menyatakan  pendapat seperti “Tunku Abdul Rahman terlalu  berlembut dengan golongan  pendatang... sepatutnya setelah merdeka, mereka  ini disuruh pulang ke  negara asal???.   
 Satu lagi punca perkembangan   prejudis ini adalah ketaksuban pada identiti kaum masing-masing.    Bilamana identiti kaum itu terlalu kuat dan melampau, semangat identiti   kebangsaan pasti tergugat. Inilah masalah pokok yang perlu dibincangkan   secara terbuka dan diselami dengan teliti jalan penyelesaiannya.    
 Sejak  awal 1980-an, di kalangan  orang Melayu telah timbul kesedaran beragama  yang begitu kuat. Dasar  penerepan nilai-nilai Islam telah  diperkenalkan di sektor awam, dan  ramai ibubapa Melayu mula menekankan  pendidikan agama bagi anak-anak  mereka. Dalam tempoh yang sama, di  kalangan orang-orang Cina usaha memartabatkan  pendidikan dalam bahasa  ibunda jelas berkembang dengan pesat.    
  Natijahnya,  pelajar-pelajar  Melayu lebih tertumpu di sekolah-sekolah kebangsaan  dan sekolah-sekolah  agama, dan pelajar-pelajar Cina pula lebih tertumpu  di sekolah-sekolah  jenis kebangsaan Cina. Maka, di kalangan anak-anak  muda Melayu dan Cina  sekarang, majoritinya dibesarkan dalam suasana  kurangnya pengalaman  berinteraksi dengan kaum-kaum yang lain. Kurangnya  interaksi, kuranglah  persefahaman dan toleransi, dan hasilnya  terbukulah sifat prejudis yang  berasaskan stereotaip negatif yang tidak  rasional.     
 Bagi ahli-ahli akademik, teori   penyelesaiannya mudah dan ringkas. Untuk memupuk perpaduan dan  menghapuskan  prejudis antara kaum, perlu ada interaksi antara kaum yang  lebih kerap  dan yang lebih bermakna. Berteori memang mudah, namun  praktikalnya bagaimana?   
 
No comments:
Post a Comment