Saturday, March 26, 2011

Blackberry __ Ancam Negara?

Pada awal telefon bimbit dilancarkan sebelum ini, heboh cerita mengatakan isyarat gelombang daripada telefon bimbit boleh merosakkan sel otak. Itu sebab lahirnya selepas itu aksesori seperti handsfree dan juga bluetooth. Terkini, datang pula cerita tentang Blackberry haram di negara Arab seperti di UAE gara-gara gadget tersebut mampu beri ancaman keselamatan. Betulkan begitu?
DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengisytiharkan telefon pintar Blackberry sebagai mengancam keselamatan negara itu atas alasan peralatannya berfungsi di luar undang-undang dan boleh disalahgunakan. Kontroversi terbaru Blackberry ini adalah yang kedua di UAE selepas pengusaha telefon bimbit terbesar, Etisalat, menggalakkan 145,000 pengguna telefon pintar itu memasukkan perisian membenarkan ia diperiksa pihak luar.
Pihak Berkuasa Peraturan Telekomunikasi (TRA) UAE bimbang Blackberry boleh disalahgunakan kerana ia satu-satunya telefon yang menyampaikan maklumat pengguna secara automatik kepada pusat data di luar negara. RIM memberi panduan pengguna membuang perisian yang membolehkan pihak luar memeriksa Blackberry mereka. TRA menekankan, peralatan BlackBerry beroperasi di luar undang-undang tempatan kerana ia menghantar data ke negara luar untuk diuruskan pertubuhan komersial asing. AP
Sepatutnya sesebuh negara yang nak implement atau laksanakan undang-undang seperti ini perlu selidik secara terperinci terlebih dahulu sebelum membenarkan Blacberry ini di bawa masuk ke negara mereka. Ini tidak, setelah dibeli oleh ramai rakyat mereka keluar pula kenyataan Blacberry haram di negara tersebut. Siapa yang nak bayar ganti rugi kepada pengguna Blackberry di UAE? Kerajaan UAE nak ganti? Banyak duit tidak mengapa.

Nasib baik, kerajaan Malaysia mengatakan telefon bimbit pintar ini, Blackberry tidak menjadi ancaman keselamatan Negara. Ini bermakna HP Blackberry tidak akan diharamkan penggunaan/jualannya di Malaysia. Kalau kerajaan Malaysia haram Blackberry, bayangkan berapa ramai pak menteri dan tokoh korporat yang guna blackberry di Malaysia? Apa akan jadi pada saham Celcom ?
4875733798 c7bf2e0d9e Blackberry Haram, Ancam Keselamatan?
Tak cukup dengan itu, Algeria timbang haram BlackBerry, jika ancam keselamatan
ALGIERS — Algeria sedang mengkaji penggunaan telefon BlackBerry dan akan mengharamkan penggunaannya jika boleh mengancam keselamatan negara. “Kami sedang melihat isu ini. Jika kami mendapati ia mendatangkan bahaya kepada ekonomi dan keselamatan kami, kami akan menghentikannya,” kata akhbar El Khabar yang memetik Menteri Telekomunikasi Moussa Benhamadi

No comments: