China adalah merupakan sebuah kuasa besar dunia  yang sedang naik dengan mendadak. Lihatlah di sekeliling anda dan  carilah barangan yang tertera perkataan ‘made in China’? Daripada yang  fake/immitation sampaila ke barang-barang original. Walaupun negara  China merupakan  sebuah negara komunis namun persepsi dunia kini telah  berubah. Sejak kejatuhan komunis Rusia di era kegemilangan Mikhail Gorbachev yang juga merupakan presiden kesatuan Republik  Soviet Union, maka berakhirlah perang dingin antara blok barat dan  timur. Selepas itu komunis tidak lagi dilihat sebagai satu ancaman.
 Tiada lagi propaganda filem hollywood  tentang ‘kejahatan’ komunis sebaliknya tumpuan beralih kepada ‘keganasan  Islam’ pula.  Ini ia menjadi tumpuan syarikat-syarikat gergasi dunia  menjalinkan kerjasama memandangkan kos buruhnya yang murah dan sumber  manusia tidak perlu dipertikaikan. Sehinggakan ada yang tiada kerja,  buatlah kerja yang terkutuk seperti ini.
Dan sekarang ini negara China bakal  melangkah selangkah ke hadapan lagi dengan buat pertama kalinya ketua  komander tentera China telah menyatakan secara terbuka mengenai  rancangan China untuk meletakkan senjata di ruangan angkasa dan lebih menekankan pada angkatan udara serta kemampuan ofensifnya.
 “China akan menjadi kuasa besar dunia pada pertengahan abad ke-21 dan angkatan udara harus mampu untuk melawan pelbagai bentuk ancaman keselamatan,” katanya.
Hebat angkatan udara perlu tumbuh daripada melindungi keselamatan kebangsaan untuk menjaga keamanan di kawasan dan antarabangsa, bersama-sama dengan pertumbuhan ekonomi dan pengaruh politik China yang sedang bergerak cepat ketika ini.
China pun sekarang ini, dilihat bergerak  cepat untuk maju dalam 10 terakhir ini. Dalam-dalam diam-diam China,  mereka sudah pun mempunyai  5 satelit risikan di angkasa. China pun sudah ada keupayaan memusnahkan satelit di angkasa lepas dengan menggunakan missile. Program angkasa lepas mereka agak canggih dan terkedapan ketika ini.
Hampir separuh ekonomi dunia berasal  dari Asia. Keadaan ini akan terjadi pada tahun 2030, di mana sumbangan  Asia terhadap ekonomi dunia mencapai 34%. Menurut risikan dan analisa  pakar-pakar ekonomi dunia, China bakal menjadi kuasa besar dunia dalam ekonomi pada  tahun 2024 manakala India akan menyusul untuk menjadi jadi kuasa besar  ekonomi dunia 4 tahun selepas itu, iaitu pada tahun 2028
 
No comments:
Post a Comment