Saturday, March 26, 2011

Pencemaran nano?


Pencemaran nano-sisa merupakan istilah yang digunakan bagi sisa yang dihasilkan daripada mesin atau peralatan bersaiz nano dan juga semasa proses penghasilan bahan – bahan bersaiz nano. Sisa seperti ini amat berbahaya kerana saiznya yang amat kecil. Ia boleh terapung di dalam udara dan sangat mudah menembusi sel haiwan dan tumbuhan. Dalam konteks pencemaran udara dan kesihatan manusia ia boleh menembusi ke alur pernafasan manusia dan memasuki salur peparu yang menjadi sistem pernafasan utama manusia.

Kebanyakan pertikel nano yang dihasilkan oleh aktiviti manusia tidak wujud secara semulajadi, oleh itu kebanyakan organisma hidup tidak mempunyai cara yang bersesuaian untuk mengendalikan atau beradaptasi dengan sisa cemar nano. Ia dianggap merupakan suatu cabaran baru bagi teknologi nano untuk mengendalikan bahan sisa pencemar bersaiz nano.

Untuk menilai bahaya kesihatan daripada bahan – bahan nano partikel atau sisa, penilaian kitar hayat keseluruhan partikel tersebut perlu dikenalpasti ini perlu meliputi fasa fabrikasi, penyimpanan dan pengagihan, aplikasi dan potensi salahguna dan pelupusanya.

Impak kepada manusia dan alam sekitar mungkin berbeza mengikut perbezaan tahap kitar hayatnya. Penilaian alam sekitar menyatakan bahawa impak pencemaran nano akan memberikan kesan jangka panjang dan kekal lama terhadap alam sekitar. Sehingga kini tiada strategi khusus untuk menanganinya.Bagi mengatasi masalah pencemaran ini, penyelesaian bersifat teknologi amat diperlukan. Dalam konteks ini teknologi nano paling sesuai untuk diaplikasikan.

Nano Penurasan, sebagai contohnya merupakan teknologi berasaskan membran dengan keporosan yang kecil ekstrim daripada 10 nm (mungkin mengandungi tiub nano) adalah sesuai bagi proses penurasan mekanikal untuk mengeluarkan ion- ion atau memisahkan bendalir yang berbeza.

Di samping itu juga partikel – partikel nano magnetik boleh membantu bagi menyingkirkan pencemar logam berat daripada air sisa. Menggunakan skala partikel – partikel nano boleh membantu meningkatkan kecekapan penyerapan pencemar nano pada kos yang murah berbanding dengan kaedah lama mengunakan kaedah pemendakan dan penapisan.

Sesungguhnya teknologi nano adalah suatu anugerah TUHAN yang perlu di manfaatkan oleh manusia. Setiap kejadian di alam ini mempunyai manfaat yang tersendiri. Manusia diajak meneroka alam makro, mikro dan nano untuk melihat manfaat setiap kejadiaan alam yang boleh dimanfaatkan dan sekaligus dapat mendekatkan diri kita kepada TUHAN.

No comments: