Saturday, March 26, 2011

Tuala Wanita kapas membantu menghindarkan kanser serviks dan barah payu dara ?

SETIAP tahun hampir 143,000 nyawa wanita diragut daripada keluarga tersayang, meninggalkan anak-anak dan suami yang masih memerlukan belaian kasih sayang seorang ibu dan isteri, hanya gara-gara kanser serviks.

Dalam konteks dunia, sekurang-kurangnya 270,000 kematian ekoran kanser ini dilaporkan setahun dengan sekitar 80 peratus daripadanya berlaku di negara-negara membangun di mana hanya 41 peratus daripada wanita berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup.
Namun begitu, realiti yang menyedihkan ini bagaimanapun tidak bermakna kita terpaksa akur kepada takdir semata-mata. Tetapi, beberapa faktor risiko yang akan meletakkan wanita kepada bahana kanser serviks sepatutnya dijadikan panduan.

Kanser serviks yang menjejaskan bahagian bawah uterus telah dikenal pasti berpunca daripada beberapa jenis virus yang dikenali sebagai virus human papilloma (HPV). Meskipun pada awalnya penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom, tetapi apabila petanda-petanda seperti pendarahan dari faraj dan kesakitan pada bahagian pelviks mulai dirasai, maka tibalah waktunya anda perlu mengambil langkah segera bagi mencegahnya daripada melarat menjadi kanser.

Salah satu penyebab kepada kanser ini ialah kegagalan wanita untuk menjaga kebersihan di bahagian serviks dan vagina ketika datang haid atau menjalani kehidupan seharian.
Ini kerana risiko wanita yang berumur dijangkiti penyakit vagina dan seterusnya kanser serviks adalah setinggi 83 peratus. Manakala sebanyak 62 peratus daripadanya adalah disebabkan oleh penggunaan tuala wanita berkualiti rendah.

Justeru itu, wanita harus berhati-hati dalam memilih jenama tuala wanita yang digunakan semasa datang haid atau sebagai pelapik pakaian dalam kerana kebanyakan yang ada di pasaran berasaskan kertas buangan atau 'pulp paper'.


Tuala wanita umpama rakan karib bagi wanita. Walaupun ia sebagai penyelamat kepada wanita daripada kebocoran semasa haid atau lelehan keputihan yang keterlaluan, ia sebenarnya boleh memudaratkan secara diam sekiranya menggunakan tuala wanita yang bermutu rendah.
Ini kerana jika menggunakan tuala wanita yang bermutu rendah, dalam masa dua jam akan berlaku pembiakan bakteria dengan mudah.

Permukaan lapisan pertama boleh tercemar jika tidak ditukar dalam tempoh lama dan menurut kajian bilangan bakteria bertambah 107 kali pada setiap milimeter persegi.
Antara simptom yang biasa diperoleh oleh wanita yang menggunakan tuala wanita yang berkualiti rendah ialah seperti lelehan keputihan, senggugut, kegatalan atau jangkitan pada luar dan dalam vagina, keradangan serviks, panas badan, sakit di bahagian abdomen dan masalah kulit.

Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang diserang pelbagai penyakit serius yang lain seperti kanser serviks, kehilangan rahim, kesukaran mendapat zuriat dan boleh membawa maut.
Menyedari banyak masalah yang melanda wanita ketika haid atau lelehan keputihan, sebuah syarikat tempatan memperkenalkan tuala wanita yang diperbuat daripada kapas serta mengandungi 17 jenis herba terpilih yang membantu merawat masalah masalah yang sering melanda kaum wanita.
Tuala wanita 100% kapas serta berherba itu adalah keluaran Avail Beauty Sdn Bhd. terdiri daripada tiga produk utama iaitu pantiliner ( Kegunaan Setiap Hari – Hijau), Day Use (Kegunaan Haid Siang- Biru) dan Night Use (Kegunaan Haid Malam- Merah).

Menariknya kesemua produk itu boleh digunakan oleh lelaki dan wanita.Tuala pelapik (pantiliner) ini sesuai digunakan selepas putus haid; sewaktu sebelum dan selepas haid; kulit gatal-gatal; alahan dan masalah ruam pada bayi- tampalkan di dalam lampin pakai buang dan rawatan untuk luka dalaman dan luaran.

No comments: