Saturday, March 26, 2011

Replika kereta diperbuat daripada tanah liat?

Replika kereta diperbuat daripada tanah liat


SEORANG lelaki melihat sebuah replika kereta yang diperbuat daripada tanah liat di sebatang jalan raya di London semalam.


LONDON - Sebuah replika kereta Chevrolet saiz sebenar yang diperbuat daripada 1.5 tan tanah liat dipamerkan di daerah Clerkenwell di sini, lapor sebuah akhbar di sini semalam.
Replika model yang menelan belanja £6,000 (RM29,417) itu dibuat sempena pelancaran kereta model baru, Chevrolet Orlando yang memiliki tujuh tempat duduk.
Sebanyak lapan orang pengukir bertungkus-lumus menyiapkan ukiran kereta tersebut dalam tempoh dua minggu.

No comments: