Saturday, March 26, 2011

Tugas Kewartawanan Terancam !

Sekurang-kurangnya 44 wartawan terbunuh di seluruh dunia ketika menjalankan tugas sepanjang tahun lalu dengan Pakistan menjadi negara paling berbahaya untuk mereka.
Menurut pertubuhan yang memperjuangkan hak petugas media, Jawatankuasa Untuk Perlindungan Wartawan (CPJ), 44 wartawan itu dibunuh atau kemalangan ketika membuat liputan situasi berbahaya Seramai 31 wartawan lain turut maut dipercayai membabitkan tugasan.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, negara tertinggi mencatatkan kematian di kalangan wartawan adalah Pakistan dengan lapan kes, diikuti Iraq (lima kes), Honduras, Mexico dan Indonesia (masing-masing tiga kes) dan Somalia (dua).
Jumlah kematian keseluruhan itu jauh lebih rendah berbanding 2009 apabila seramai 72 wartawan terbunuh pada tahun itu.

Sebahagian besar data itu disumbangkan kes pembunuhan beramai-ramai akibat perseteruan puak di Filipina.

Dalam kata pengantar laporan tahunan CPJ itu, hos stesen televisyen al-Jazeera, Riz Khan, berkata kemajuan media dalam talian dan digital menjadikan amalan penapisan gaya lama semakin sukar dicapai. Sekurang-kurangnya 44 wartawan terbunuh di seluruh dunia ketika menjalankan tugas sepanjang tahun lalu dengan Pakistan menjadi negara paling berbahaya untuk mereka.
Menurut pertubuhan yang memperjuangkan hak petugas media, Jawatankuasa Untuk Perlindungan Wartawan (CPJ), 44 wartawan itu dibunuh atau kemalangan ketika membuat liputan situasi berbahaya Seramai 31 wartawan lain turut maut dipercayai membabitkan tugasan.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, negara tertinggi mencatatkan kematian di kalangan wartawan adalah Pakistan dengan lapan kes, diikuti Iraq (lima kes), Honduras, Mexico dan Indonesia (masing-masing tiga kes) dan Somalia (dua).
Jumlah kematian keseluruhan itu jauh lebih rendah berbanding 2009 apabila seramai 72 wartawan terbunuh pada tahun itu.

Sebahagian besar data itu disumbangkan kes pembunuhan beramai-ramai akibat perseteruan puak di Filipina.

Dalam kata pengantar laporan tahunan CPJ itu, hos stesen televisyen al-Jazeera, Riz Khan, berkata kemajuan media dalam talian dan digital menjadikan amalan penapisan gaya lama semakin sukar dicapai.

Pada masa sama, katanya, keganasan terhadap wartawan juga semakin meningkat.

“Dari semasa ke semasa, kaedah ancaman menjadi pilihan pihak tertentu ke atas wartawan dengan menakutkan mereka daripada terus menulis berita atau membuat penegasan bahawa gangguan mereka melalui pemberitaan tidak dikehendaki.

No comments: