Wednesday, April 6, 2011

Jalan Berbahaya?

10 Jalan Paling Bahaya Di Dunia



Berikut merupakan 10 jalan paling bahaya di dunia. Jumlah kemalangan yang pernah dicatat di setiap jalan di bawah ini amatlah tinggi.


1. The Death Road (Bolivia)

The North Yungas Road, ataupun lebih dikenali sebagai The Death Road, merupakan jalan 61 hingga 69 km dari La Paz ke Coroico. Jalan ini terkenal disebabkan oleh bahayanya. Dianggarkan 200-300 pemandu terbunuh pada setiap tahun apabila melalui jalan ini. Terdapat juga penanda di sepanjang jalan ini menunjukkan kawasan di mana banyak kenderaan sering terjatuh.


2. Guoliang Tunnel Road (China)

  

Jalan di Bukit Taihang dibina oleh penduduk kampung sekitar kawasan tersebut. Ianya mengambil masa 5 tahun untuk menyiapkan terowong sepanjang 1200 meter yang mempunyai ketinggian 5 meter dan lebarnya 4 meter.


3. Ruta 5: Arica to Iquique Road (Chile)

Jalan dari Arica ke Iquique terkenal kerana bahayanya di mana anda memandu jauh ke dalam lembah dan terdapat sekali angin yang membahayakan pemandu yang melalui jalan ini.


4. Siberian Road to Yakutsk (Russia)


Lebuh raya Russian Federal menyambungkan Moscow ke Yakutsk, di mana kawasan paling sejuk di luar Antartica pernah direkodkan. Pada bulan Julai dan Ogos, lebuh raya ini akan dipenuhi dengan lumpur. Ini akan menyebabkan kesesakan jalan raya sering berlaku.


5. Sichuan-Tibet Highway (China)

Lebuh raya Sichuan-Tibet sangat merbahaya kepada pemandu yang lalu di sini kerana sering terdapat kejadian tanah runtuh dan juga gelongsoran batu daripada bukit.


 

6. James Dalton Highway (Alaska)

Lebuh raya James Dalton bukanlah tempat sesuai untuk memandu kereta baru, kerana di lebuh raya ini, anda akan berkongsi jalan dengan lori-lori dan juga traktor-traktor yang besar. Batu-batu kecil yang berterbangan di sepanjang lebuh raya ini menjadikan cermin dan lampu kenderaan sebagai mangsanya. Debu-debu yang berterbangan juga mengurangkan penglihatan pemandu.


7. Patiopoulo-Perdikaki Road (Greece)

Jalan yang sempit ini menyambungkan Patiopoulo dan Perdikaki di Greece. Jalan ini merbahaya kerana mempunyai lubang-lubang yang besar di sepanjangnya. Binatang ternakan seringkali menghalang laluan pemandu di sini. Kebanyakan kemalangan di sini berlaku pada waktu malam.


8. Trollstigen (Norway)

Trollstigen merupakan jalan berbukit di Rauma, Norway. Jalan ini terkenal kerana kecondongannya sebanyak 9%. Jalan ini amatlah sempit dan mempunyai banyak selekoh yang tajam.


9. The A682 Road (England)


Jalan A682 ini merupakan jalan paling teruk di England kerana dipercayai 100 kemalangan maut telah berlaku dalam tempoh 10 tahun.


10. Stelvio Pass Road Trollstigen (Italy)

Jalan Stelvio Pass menyambungkan Valtellina dengan bahagian atas lembah Adige dan Merano. Ianya terletak di Italian Alps, berdekatan Bormio dan Sulden. Walaupun jalan ini tidak begitu bahay jika dibandingkan dengan jalan lain, tetapi pemandu dinasihatkan untuk berhati-hati sewaktu melaluinya.

No comments: