Kenapalah ramai antara anak-anak zaman sekarang yang suka ponteng sekolah? Sedangkah ibu bapa telah memberi dan menyediakan sepenuhnya keperluan yang diperlukan oleh mereka untuk pembelajaran mereka. Bermula dari duit belanja, buku sekolah, menghantar mereka kesekolah, malahan ramai yang sanggup menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen bagi membantu anak-anak dalam pembelajaran mereka.
Alangkah bagusnya kalau mereka sekali sekala dapat muhasabah diri dan melihat kembali bahawa mereka sungguh beruntung kerana dapat belajar dan menimba ilmu dalam keadaan yang cukup mudah dan menyeronokkan. Cuba kita sama-sama baca artikel mengenai sekolah diChina ini yang terletak begitu bahaya lokasinya namun anak-anak disana masih tetap menyabung nyawa untuk menuntut ilmu…
Pelajar sekolah di kawasan terpencil di China harus menghadapi jalan yang berbahaya hanya untuk hadir ke sekolah, jalan yang harus dilalui ini berupa tebing yang tinggi dan curam,ditambah dengan jalan yang sangat sempit.Sekolah yang terletak di kampung Gulu,daerah Sichuan, berada dilereng bukit dan untuk mendaki ke arah sekolah memerlukan waktu sekitar 5 jam. Sekolah rendah ini hanya memiliki satu guru dan sudah mengajar di sekolah tersebut selama 26 tahun.Penduduk mengakui bahwa jalan itu berbahaya bagi para murid, kerana lebar jalan yang harus dilalui oleh para pelajar tersebut hanyalah sekitar setengah meter saja, dan ketinggiannya pula cukup menakutkan.Shen Qijun, 45, guru sekolah tersebut,berulang kali ingin berhenti dari mengajar di sekolah tersebut dimana dia sudah mengajar disana selama 26 tahun.Tapi telah berulang kali pula para penduduk menahannya dari melaksanakan niatnya,kerana tidak ada orang lain yang mahu mengajar pelajar di kampung tersebut.Shen mengajar Matematik dan Bahasa Cina, tapi kata Shen, selama 26 tahun ini hanya ada dua murid saja yang berhasil ke universiti.
No comments:
Post a Comment