|
RESORT MENARA ALTON, Britain - Seorang pelagak ngeri, Rob Roy Collins menggantungkan dirinya dalam keadaan terbalik pada tiang sebuah rollercoaster di Britain seperti yang pernah dilakukan ahli silap mata legenda, Harry Houdini yang meninggal dunia pada tahun 1926 ketika berusia 52 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Semasa aksi itu, Collins, 33, memakai baju pesakit mental yang ketat menyebabkan kedua-dua tangannya terikat.
Dia kemudian berjaya menanggalkan baju itu dalam masa satu minit 53 saat semasa dia berada dalam keadaan terbalik pada ketinggian 18.3 meter di udara.
Catatan itu mengatasi masa Houdini iaitu dua minit 37 saat yang melakukan aksi serupa dengan menggunakan sebuah kren di New York, Amerika Syarikat (AS).
Aksi mendebarkan itu menarik kehadiran ramai orang yang berkumpul di sekitar rollercoaster berkenaan di sini, baru-baru ini.
"Aksi ini amat mengujakan dan pada masa yang sama ia juga menakutkan. Saya menjadi pelagak ngeri selama 10 tahun tetapi ini kali pertama saya melakukan aksi 'gila' seperti ini," kata Collin selepas itu .
No comments:
Post a Comment