Saturday, March 26, 2011

Negara China, Bakal Kuasa Besar Dunia

China adalah merupakan sebuah kuasa besar dunia yang sedang naik dengan mendadak. Lihatlah di sekeliling anda dan carilah barangan yang tertera perkataan ‘made in China’? Daripada yang fake/immitation sampaila ke barang-barang original. Walaupun negara China merupakan  sebuah negara komunis namun persepsi dunia kini telah berubah. Sejak kejatuhan komunis Rusia di era kegemilangan Mikhail Gorbachev yang juga merupakan presiden kesatuan Republik Soviet Union, maka berakhirlah perang dingin antara blok barat dan timur. Selepas itu komunis tidak lagi dilihat sebagai satu ancaman.

Tiada lagi propaganda filem hollywood tentang ‘kejahatan’ komunis sebaliknya tumpuan beralih kepada ‘keganasan Islam’ pula.  Ini ia menjadi tumpuan syarikat-syarikat gergasi dunia menjalinkan kerjasama memandangkan kos buruhnya yang murah dan sumber manusia tidak perlu dipertikaikan. Sehinggakan ada yang tiada kerja, buatlah kerja yang terkutuk seperti ini.

Dan sekarang ini negara China bakal melangkah selangkah ke hadapan lagi dengan buat pertama kalinya ketua komander tentera China telah menyatakan secara terbuka mengenai rancangan China untuk meletakkan senjata di ruangan angkasa dan lebih menekankan pada angkatan udara serta kemampuan ofensifnya.
“China akan menjadi kuasa besar dunia pada pertengahan abad ke-21 dan angkatan udara harus mampu untuk melawan pelbagai bentuk ancaman keselamatan,” katanya.
Hebat angkatan udara perlu tumbuh daripada melindungi keselamatan kebangsaan untuk menjaga keamanan di kawasan dan antarabangsa, bersama-sama dengan pertumbuhan ekonomi dan pengaruh politik China yang sedang bergerak cepat ketika ini.
China pun sekarang ini, dilihat bergerak cepat untuk maju dalam 10 terakhir ini. Dalam-dalam diam-diam China, mereka sudah pun mempunyai  5 satelit risikan di angkasa. China pun sudah ada keupayaan memusnahkan satelit di angkasa lepas dengan menggunakan missile. Program angkasa lepas mereka agak canggih dan terkedapan ketika ini.

Hampir separuh ekonomi dunia berasal dari Asia. Keadaan ini akan terjadi pada tahun 2030, di mana sumbangan Asia terhadap ekonomi dunia mencapai 34%. Menurut risikan dan analisa pakar-pakar ekonomi dunia, China bakal menjadi kuasa besar dunia dalam ekonomi pada tahun 2024 manakala India akan menyusul untuk menjadi jadi kuasa besar ekonomi dunia 4 tahun selepas itu, iaitu pada tahun 2028

No comments: