Friday, March 25, 2011

Osama Laden ?

Yang memberikan kecaman terbaru mengenai Osama Laden adalah Fidel Castro yang merupakan Presiden Cuba. Fidel Castro cukup lantang kalau bercakap soal Amerika dan beliau sememangnya pemimpin yang dikenali dengan anti Amerika.
Kita bercakap soal realiti, tak nak sentuh samada beliau salah atau betul yang mana selepas terjadinya serangan WTC, umat Islam begitu mengagungkan Osama Laden, memakai t shirt bergambar Osama Laden dan terus menerus menaruh harapan yang beliaulah pejuang Islam yang sebenar dengan hanya berbekalkan maklumat di media-media di bawah telunjuk pemerintahan Amerika.
  • Amerika sebuah negara yang dikenali dengan ketua polis dunia yang canggih dan mempunyai pakar perisikan seperti CIA dan FBI yang dikatakan antara terbaik di dunia masih tidak boleh mengesan Osama Laden sedangkan Saddam Hussein yang menyorok di lubang cacing pun berjaya juga ditangkap mereka….

  • Osama Laden dan ahli kumpulannya semasa di zaman pencerobohan tentera Soviet ke atas Afghanistan, mereka dilatih oleh CIA. Ini bermakna dalam bahasa mudah lagi terang, mereka ini tergolong sebagai ajen Amerika. Selepas serangan WTC, tiba-tiba mereka ini menjadi musuh Amerika? Entah apa alasan yang boleh diberikan sehingga mereka boleh didakwa merampas dan merempuh World Trade Center (WTC)  tahun 2001

  • Video Osama Laden biasanya akan muncul memberikan taklimat kepada umat Islam di waktu-waktu George W Bush nak melancarkan agenda perang. Setiap kalinya begitu. Kebetulan? Mungkin? Atau…..

  • Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dalam satu wawancara pada awal bulan Mei yang lalu pernah mengatakan Osama Laden berada di Washington
  • No comments: