Friday, March 25, 2011

Fenomena Supermoon (Syzygy) 19 Mac 2011?

Sejujurnya saya sendiri tidak tahu-menahu tentang fenomena supermoonyang bakal berlaku pada 19 mac 2011 nanti. Hanya selepas membaca artikel tentang tsunami yang melanda pantai timur Jepun jumaat lepas barulah saya mengetahui yang beberapa saintis kononnya telah memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi.
Saya mencari maklumat berkaitan untuk menambah kefahaman tentang supermoon untuk menambah pengetahuan sendiri. Jumpa beberapa artikel berkaitan. Jadi elok juga jika saya kongsikan di sini sebagai bacaan bersama.
Supermoon, Syzygy & Adi Bulan
Walaupun pada dasarnya saya boleh memahami sedikit-sebanyak fenomena ini tetapi baru kali ini mengetahui bahawa supermoon, syzygy atau adi bulan merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada fenomena berkenaan.
Supermoon adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.
Syzygy pula adalah istilah yang paling kerap digunakan oleh ahli astronomi bagi menggambarkan kedudukan objek dalam sistem suria, terutamanya yang melibatkan penyelarasan atau penjajaran tiga atau lebih objek dalam sistem suria (dengan kata lain objek berada dalam satu garis lurus).
Istilah adi bulan (bahasa Melayu) juga turut digunakan bagi menggambarkan fenomena tersebut. (Pertama kali mengetahui istilah ini di Berita Kosmo semalam)
Adakah Supermoon/Syzygy adalah fenomena biasa?
Ia adalah fenomena alam yang jarang berlaku, tetapi tidak juga boleh dianggap luar biasa kerana keadaan itu boleh diramal berdasarkan pergerakan bulan dan bumi. Fenomena ini juga pernah berlaku beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Pada tahun ini (2011), ahli astronomi meramalkan ia akan berlaku sekali lagi, iaitu pada 19 Mac.

No comments: